Friday, 8 February 2013

KISAH RABIATUL ADAWIYAH


Rabiah adalah anak keempat dalam satu keluarga miskin yang dilahirkan pada kurun pertama hijarah di kota Basrah, tebing Sungai Dajlah, Iraq. Bapanya bernama Ismail bin Muhammmad Dawi. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang sangat patuh dan taat pada agama Islam , sukakan kebaikan dan sentiasa berdampingan dengan Al Quran. Ayahnya seorang yang warak , sentiasa memenuhi masa dengan membaca Al Quran dan memperbanyakkan sembahyang sunat , dan berpuasa serta hati tak lekang dari berzikir kepada Allah SWT.


Oleh kerana Rabiah anak yang bongsu , dia selalu mengikuti bapanya dan berdamping dengan segala program ayahnya . Sejak kecil lagi beliau telah menghafaz Al Quran . Selain itu Al Quran menjadi penawar hatinya dan ubat bagi mengubati segala penyakitnya. Perangai Rabiah sangat berbeza dari adik-beradiknya yang lain. Beliau sentiasa tenang dan tidak gopoh apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Bila waktu malam , beliau makn sedikit dan berhenti sebelum kenyang. Rabiah selalu mengingatkan ayahnya supaya mengawasi dari memberi makanan yang shubhah lebih-lebih lagi yang haram kepadanya. " Wahai ayah , lebih baik bersabar kerana lapar di dunia daripada bersabar terhadap azab Allah di akhirat kelak "


Dari keistimewaan yang terdapat padanya serta tingkah lakunay yang luar biasa sejak dari kecil itu , ternyata bahawa suatu hari nanti Rabiah Al Adawiyah akan menjadi salah seorang di antara kekasih-kekasih Allah . Bagaimanapun untuk mencapai darjat yang tinggi itu beliau terpaksa menghadapi berbagai ujian dan penderitaan hidup. Allah SWT tidak akan mengangkat darjat seseorang dengan mudah  atau tanpa diuji terlebih dahulu.


Ujian pertamanya ialah ayahnya meninggal dunia dalam usianya yang masih muda , ibunya pula menyusul tidak lama selepas itu. Ini membuatkan beliau terpaksa berpisah dengn adik- beradiknya yang lain . Tinggallah Rabiah yatim piatu dan sebatang kara tanpa saudara mara tempat mengadu dan bergantung hidup. Ketika itu dia hidup dengan penuh linangan air mata dan kesedihan yang memanjang. Ini membuatkan dia sedar dan insaf bahawa ujian yang Allah timpakan itu adalah untuk mengajarnya agar jangan bergantung dengan makhluk lain kecuali Allah. Allah lah tempat mengadu dan Alllah lah juga yang menjadi hiburan dan tempat mengharap kasih sayang. Kini beliau menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah.

Dalam keadaan demikian , Rabiah telah bersua dengan seorang lelaki tua yang sedang bertasbih dan memuji Allah . Beliau menasihatkan Rabiah supaya bersabar kerana itu merupakan ujian Allah. Rabiah sentiasa memperlihatkan mimpi-mimpi yang baik dalam tidurnya serta membuatkan beliau tenang dan sabar menghadapi ujian dari Allah. Tidak berapa lama kemudian , bandar Basrah tempat tinggalnya telah di landa  musim kemarau yang sangat teruk dan berakhir dengan kebuluran dan kemusnahan. Ini membuatkan Rabiah terpaksa berhijrah ke tempat lain yang lebih selamat. Sewaktu menumpang dalam satu kafilah , tanpa disangka-sangka kafilah mereka telah diserang  oleh perompak. Ketua perompak itu telah menangkap Rabiah untuk dijadikan barang rampasan dan beliau telah dijual di pasar sebagai hamba abdi. 


Kini ia terikat dan berkhidmat pula dengan seorang tuan yang baru. Siang hari terpaksa bekerja kuat , membanting tulang empat keratnya mengangkat air , mengemas rumah. Namun begitu , walaupun keletihan , di malam hari tetap digunakan untuk bermunajat dan beribadah kepada Allah. Dia sedar masa yang Allah kurniakan sangat berharga kepada hamba-hamba-Nya yang mahu berfikir. 
Suatu hari , ketika beliau ke satu tempat atas suruhan tuannya , beliau telah dikejar oleh orang jahat. Rabiah terpaksa lari menyelamatkan diri tetapi malang , kakinya tergelincir lalu terjatuh. Tangannya patah lantas beliau berdoa kepada Allah , " Ya Allah , aku ini anak yatim lagi abdi. Sekarang tanganku pula patah. Sungguh aku tidak peduli itu semua asalkan Engkau redha padaku , dan tunjukkanlah akan keredhaanMu itu."


Tiba-tiba dia terdengar satu bisikan menyuruh ia bersabar dan mengingatkn ia akan janji-janji Allah di akhirat kelak. Selepas peristiwa itu pergantungan hatinya dengan Allah semakin teguh. Segala pengalaman yang dilalui dalam menempuh hidup ini yang penuh onak dan duri serta malapetaka dan bahaya menjadikan beliau yang tahn diuji. Segala ujian yang ditimpakan itu semakin meneguh dan menguatkan keyakinannya terhadap Allah.Pada suatu malam secara tidak sengaja tuannya telah terdengar suara rayuan dan munajat Rabiah kepada Allah. Ia bangun bertahajud di kala orang lain sedang enak tidur dibuai mimpi-mimpi indah. Dengan penuh linangan air mata , Rabiah bercakap-cakap dengan Allah , katanya , "Tuhanku , Engkau lebih mengetahui bagaimana aku cenderung  benar hendak melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas , aku akan habiskan seluruh masa malamku dan siangku dengan melakukan ibadat padaMu .Tetapi apa yang aku buat kerana kau jafikan aku hamba kepada manusia."


Tiba-tiba bilik Rabiah diterangi cahaya yang terang-benderang sedangkan dalam biliknya itu tidak ada pelita atau lampu. Ini membuatkn tuannya sedar dan insaf akan kesalahannya kerana tidak membebaskan orang yang begitu hampir dan cinta kepada Allah. Keesokkan harinya ,  pergilah tuannya berjumpa dengan Rabiah dan memberitahu bahawa ia menyesal kerana memperhambakan Rabiah selama ini bahkan dia pula bersedia menjadi hamba kepada Rabiah. Mendengar itu Rabiah merasa terharu . Dia lebih rela meninggalkan rumah itu dan mengasingkan diri dengan bertaqarub kepada Allah.
Akhirnya Rabiah Al Adawiyah kembali menumpukan sepenuh perhatian untuk beribadah dan memuji-muji Allah , mencurahkan harapan dan isi hatinya kepada Allah. Dia cintakan Allah sepenuh jiwa dan perasaan kerana dia dapat melihat Allah dengan 'AINUL BASYIRAH'. Dia sedar hanya Allah sahaja yang layak dicintai dan dirindui serta dipuja dan hanya Allah yang mempunyai sifat-sifat yang lengkap untuk dipuji.


Berbagai karamah yang Allah kurniakan padanya dalm pengalaman kerohanian yang dilaluinya. Di antaranya , pada suatu ketika Hassan Al Basri mengajak Rabiah berbincang mengenai hal-hal kerohanian yang dilaluinya di atas ais tasik. Beliau berkata begitu dengan niat hendak menunjukkan kelebihannya kepada orang lain yang ia dapat menguasai air (seperti Nabi Isa boleh berjalan di atas air). Rabiah Al Adawiyah berkata , " Hassan , buanglah perkara yang sia-sia itu jika kamu benar-benar hendak memisahkan diri dari perhimpunan aulia' Allah. Kenapa kita tidak terbang saja di udara???" Rabiah Al Adawiyah berkata  sedemikian kerana dia boleh berbuat demikian dan itulah salah satu karamah yang Allah kurniakan kepada beliau tetapi Hassan tidak boleh berbuat seperti itu.Rabiah berkata lagi , " ketahuilah apa sahaja yang kamu boleh buat , ikan pun boleh buat dan inikan aku boleh terbang , lalat pun boleh terbang. Buatlah suatu yang lebih dari perkara luar biasa itu. Carilah ianya dalm ketaatan dan sopan santun terhadap Allah. "


Cintakan makhluk pada pendapat Rabiah Al Adawiyah tidak akan mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal. Cintakan makhluk seringkali membuatkn seseorang itu kecewa , merana , menderita dan terseksa. Oleh itu , tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta makhluk itu sendiri. Bahkan Rabiah Al Adawiyah sentiasa menangis . Air matanya terlalu mudah tumpah walaupun kesalahanyang dilakukan tidak lah seberat mana. Cuma lalai atau lupa pada sedetik sahaja tetapi dirasakan terlalu besar dosanya. Ada orang bertanya kenapa Rabiah Al Adawiyah mudah menangis???Rabiah menjawab , "aku takut berpisah dengan Allah walau sedetik pun dan aku tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut tuhan akan berkata kepadaku tatkal menghembuskan nafasku yang terakhir , jauhkanlah dia dari-Ku kerana dia tidak layak berada di majlis-Ku."




Kehidupan Rabiah Al Adawiyah terlalu miskin dan zuhud. Di dalam ruamah beliau hanya terdapat sebuah balang yang mengandungi air minum dan air wuduk , sebiji bantal dan sehelai tikar buruk sebagai alas tempat tidur. Melihatkan keadaan beliau yang terlalu dhaif , orang pun bertanya kepadanya, "kenapa kamu hidup begini , sedangkan kamu mempunyai ramai teman yang hidup kaya raya dan mereka tentu boleh membantumu???"  Rabiah Al Adawiyah berkata , "aku malu meminta perkara dunia dari sesiapa pun yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah kepada mereka dan Allah jua memiliki segala-galanya. Bahkan aku lebih senang hidup dalam keadaan begini tanpa sibuk memikirkan soal-soal dunia yang bersifat sementara." Sungguhpun keadaan rumahnya begitu , ia tetap menjadi kunjungan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat dan secara tidak langsung merupakan sebuah sekolah untuk mempelajari " Al Hikmah" kerana orang ramai dapat menilai diri sendiri dari nasihat-nasihat beliau. Mereka juga datang untuk mempelajari ilmu-ilmu yang lain seperti feqah , tasawuf , ilmu jiwa dan lain-lain.


Antara doa Rabiah Al Adawiyah yang termasyur ketika beliau bercakap-cakap dengan Tuhan dan tatkala merintih di waktu sunyi berbunyi " Tuhanku , apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia , berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat , berikanlah kepada orang-orang yang beriman , kerana aku hanya hendakkan Engkau  kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku , berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu. "

No comments:

Post a Comment