''Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita yang keji pula.Wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik pula.''
(An Nur: ayat 26)30 PERBEZAAN CINTA ANTARA LELAKI DAN WANITA
- Ketika ada perempuan membenci seorang lelaki setengah mati, itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati.
- Wahai lelaki, ketika engkau berasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya, bererti engkau mencintainya.
- Di belakang semua perempuan yang berjaya adalah kegagalan dalam bercinta.
- Cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaki dalam hidup merupakan hidup mati bagi seorang perempuan.
- Ketika lelaki mengatakan ''Perempuan itu tidak mempunyai perasaan'' bererti perempuan tersebut berjaya mencuri hatinya.
- Cinta seorang lelaki bagai menulis di atas air atau paling besar seperti dia menulis di atas pasir.
- Hati perempuan yang dilanda asmara bagai mihrab emas, biasanya hanya patung dari tanah yang berselindung di bawahnya.
- Bagi perempuan ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya, iaitu mencintai, dikecewakan kemudian bersedih.
- Banyak lelaki yang bunuh diri kerana cinta, tetapi kaum perempuan jauh lebih banyak.
- Cinta adalah sebuah kisah yang di dalamnya perempuan dengan bangga berperanan sebagai pahlawan, sedangkan bagi lelaki, dia lebih memilih menjadi pengarangnya.
- Dalam kehidupan seorang perempuan, ada suatu masa yang dia berasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.
- Cinta: Perempuan, Lelaki dan Larangan.
- Betapa pun seorang perempuan bermulut seribu, namun cinta mengajarnya diam.
- Wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya.
- Dalam bercinta, seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihnya.
- Ketika seorang perempuan mencintai seorang lelaki, sekali-kali dia tidak akan pernah merendahkannya.
- Dalam percintaan, lelaki adalah penyerang dan perempuan yang bertahan.
- Dalam percintaan. seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu perkara, mencintainya terus-menerus.
- Keinginan seorang perempuan boleh dibengkok-bengkokkan terserah kepada orang yang dia cintai.
- Dalam persahabatan, lelaki lebih pandai daripada perempuan tetapi tidak dalam percintaan.
- Dalam percintaan, lelaki bak serigala yang ganas, berhati-hatilah! Perempuan pula menyerahkan segalanya dan sedia berkorban.
- Cinta mungkin boleh berakhir dalam sehari, tetapi cinta hakiki tidak.
- Tidak ada yang mampu mencabut cinta dari hati seorang perempuan, selain cinta yang baru.
- Seorang perempuan tidak akan mampu hidup tanpa orang yang dia cintai.
- Cinta, merasuk pada jiwa seorang perempuan dalam hitungan yang detik penuh ketenangan dan takjub.
- Perempuan mencintai pasangannya untuk dirinya, begitu juga lelaki.
- Cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan , namun cinta seorang perempuan bagai lembaran-lembaran kertas yang tidak pernah habis.
- Kebahagiaan perempuan, ketika dia boleh mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya.
- Kala perempuan jatuh cinta, dia mulakanna dengan kekhuatiran, ketakutan dan prasangka.
- Perasaan, cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang daripada diri perempuan.
Rujukan: Ya Allah, Diakah Jodohku dan Ahmad Salim, Cinta di Otak atau di Hati
''Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik dan perempuan ang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yan berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.''
(An-Nur: ayat 31)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Na adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri daripada jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kalian rasa kasih dan sayang.
(Ar-Rum: ayat 21)
No comments:
Post a Comment