Sudah lama benar meninggalkan blog yang dah sarat dengan sawang, habuk bagai ni..
Tiba2 terasa nak update balik perkara2 penting yang boleh dijadikan rujukan untuk semua..Dan harap sangat perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membantu..
Sepanjang berada di UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam ni macam2 perkara dah berlaku dalam bulan ni je.. Disebabkan diri ini pernah menjawat jawatan sebagai Sekretariat Kerohanian dan Modal Insan bagi Jawatankuasa Perwakilan Sarjana Muda (JPSM) di UiTM Permatang Pauh, jadi secara rasminya diri ini telah diserap sebagai Exco Kerohanian dan Modal Insan bagi Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sarjana Muda (JPKSM) di Kampus Bertam.. Dan bermulanya pengalaman pertama dalam membuat kertas kerja bagi Perjumpaan Blok dan Majlis Bacaan Yassin blok.. Kami tidaklah begitu ramai.. Hanya seramai 350 orang pelajar sahaja yang menghuni kolej Al-Zahrawi di kampus Bertam ini kerana buat masa ini hanya pelajar Ijazah Sarjana Muda sahaja yang baru memasuki kampus ini.. In Shaa Allah pada semester hadapan, pelajar2 Diploma daripada Fakulti Sains dan Kesihatan juga Fakulti Farmasi akan mula menghuni kolej Al-Zahrawi ini. Dan akan menjadikan jumlah seramai 1000 orang kesemuanya..
Jika sebelum ini tugas untuk menyediakan kertas kerja hanya dilaksanakan oleh Exco, tetapi kini tugas tersebut telah diberikan kepada diri ini.. Baru tahu perasaan menjadi seorang Exco sebenarnya..huhu.. Kadang2 masa yang ada bertindih dengan kelab dan persatuan yang lain.. Tapi apabila difikirkan kembali, jika benar2 melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik, In Shaa Allah, segala urusan kita akan dipermudahkan Allah S.W.T.
Di sini ada disertakan contoh kertas kerja yang boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang baru menceburkan diri di dalam kelab dan persatuan yang terdapat di kolej masing2.. semoga bermanfaat. :)
|
No comments:
Post a Comment