Friday, 17 August 2012

AMAR Amani

Bismillahirahmanirrahim..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Adakah anda mengenali AMAR ataupun nama penuhnya Arif Muazzin Abdul Rahman...??
Bagi yang tidak mengenali, Amar merupakan penyanyi nasyid solo, yang berumur 29 tahun. Beliau sangat aktif sejak berada di zaman persekolahan, universiti dan berlarutan sehingga kini walaupun sudah menjadi peguam.

Biarpun sekarang sibuk dengan profesion tetapnya itu, dia masih mencari masa untuk menyanyi, menjadi pengacara, menulis buku, membuat persembahan silap mata, mengacara dan bermacam lagi cabang seni. Paling terkini tontonlah rancangan Haiwan Teladan yang disiarkan di TV3 di mana Amar selaku pengacara bersama Shadiya Abbas. Dalam Haiwan Teladan ada segmen kreatif di mana saya mengacara kanak-kanak dalam rancangan itu membuat silap mata dan menyanyi bersama mereka. 

BAIKLAH, sebenarnya bukan kelebihan Amar yang ingin saya kongsikan di sini.. Saya ingin berkongsi tentang lagu yang Amar cipta khas buat isterinya yang tercinta iaitu Wani.. Lagu tersebut berjudul Amani iaitu nama gabungan Amar dan Wani.. :)

Lirik Amani - Amar

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati
 

"Saya juga dalam proses mengumpul bahan untuk album keempat. Album itu menggunakan bajet saya sendiri. Sementara menunggu album baru itu memasuki pasaran, saya membuat klip video lagu Amar Amani yang boleh dilihatkan menerusi YouTube. Lagu itu saya tujukan kepada isteri saya, Siti Zawani Zaridan," katanya yang juga duta produk kesihatan Imtiyaz.Begitulah kata Amar..

*sweet kan..???

MAAF, saya tidak berkesempatan untuk meng''upload'' video nasyid tersebut di dalam blog ni.. Mungkin lain kali.. INSYAALLAH.. Anda goleh lihat di YouTube.. Just taip Amar Amani k.. Hayatilah bait2 lagu tersebut.. Kemerduan suara & lirik yang sangat bermakna buat para isteri :) Sebab mak saya sangat menyukai lagu ni..

Sekian dahulu coretan saya..
AHLAN WA SAHLAN..
ASSALAMUALAIKUM....

No comments:

Post a Comment